Senin, 23 Januari 2012

DOSa



Menunglah dosa itu amat besarnya
Sekalipun dosa kecil sahaja
Kerana kalau Allah tidak ampunkan
Ia tetap ke neraka
Dosa adalah kemurkaan Tuhan
Selagi di dalam kemurkaanNya
Menjadi hijab pada seseorang hamba
Oleh itu jika terbuat dosa
Cepat-cepat memohon ampun kepadaNya
Kalau tidak ia tetap menjadi hijab
Untuk mendapat hidayah daripadaNya
Rahmat dan kasih sayangNya terputus dariNya
Tapi mungkin kita tidak terasa
Selagi di dalam dosa tetap di dalam kemurkaan Tuhan
Selama di dalam kemurkaan Tuhan


Segala yang diberi adalah istidraj dariNya
Atau sepanjang masa itu
Apa yang diberi adalah  didalam kemurkaanNya
Apabila apa yang kita dapat di waktu kemurkaanNya
Segala apa yang kita miliki sudah hilang berkatnya
Bila sudah hilang keberkatannya
Ia akan menjadi bala’ kepada hambaNya
Ketenangan tidak ada
Keharmonian rumahtangga hilang
Jiwa sentiasa sahaja hendak berang
Walaupun kaya, macam ada benda yang tidak kena
Gelak ketawanya hanya pura-pura
Bila keseorangan, jiwa geliasah mula tiba
Keseronokan hanya luaran sahaja
Di dalam menderita
Begitulah kesan dari dosa yang tidak dibersihkan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar