Senin, 23 Januari 2012

MEMBINA MUKMIN SEJATI


MEMBINA MUKMIN SEJATI


(1.) Tidak salah mencari kekayaan dan kesenangan yang halal, banyak pun tidak mengapa tetapi hendaklah takut dengan Tuhan kerana ia selalu sahaja menjadikan kita sombong dan melalaikan kita.

(2.) Janganlah kita ghairah sangat hendak merebut jawatan pemimpin kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab yang besar. Kalau kita diberikan juga jawatan itu tanpa kita minta, sedangkan kita mampu, tidak salah pula kita terima tetapi kenalah kita takut dengan Tuhan.

(3.) Fitrah yang murni ia tidak membohongi kita. Ia selalu sahaja boleh menerima kebenaran tetapi yang menghalangnya adalah nafsu dan syaitan.

(4.) Hendaklah kita membuang sungguh-sungguh sifat tamak kerana dengan sifat itulah kita cinta dengan dunia. Apabila kita cinta dengan dunia, kita tidak rasa cukup dengan apa yang ada, sifat tamak dan sifat bakhil datang, akhirnya ia menjadi rebutan. Di sinilah rahsia hilangnya ukhuwah dan sebab timbulnya perpecahan. Hendaklah kita buang sungguh-sungguh.

(5.) Orang yang tamak tidak akan terasa lagi besarnya nikmat Tuhan. Yang ada, dia seolah-olah tidak nampak lagi apa yang dia ada. Benda yang tiada itulah yang menjadi fikiran dan ingatannya. Sebab itu orang yang tamak selalu saja susahkan apa yang tiada.

(6.) Orang mukmin yang sejati itu walaupun dia tidak menolak nikmat dunia, tetapi nikmat itu dia tidak jadikan rebutan. Dia boleh bertolak ansur dengan orang lain.

(7.) Salah satu daripada yang boleh membawa pecah belahnya orang Islam kerana cintakan dunia, maka berebutlah mereka untuk mendapatkannya dengan itu terjadilah perbalahan.

(8.) Di akhir zaman ini, orang selalu memperjuangkan haknya. Kalau tidak dapat boleh jadi masaalah dan perbalahan. Jarang sekali di akhir zaman ini orang yang berjuang mengorbankan haknya demi keredhoan Allah dan khidmat untuk masyarakat.

(9.) Anggaplah nikmat dunia yang Allah beri itu kita tidak layak menerimanya tetapi Allah Taala beri untuk menguji kita apakah kita boleh bersyukur padaNya.

(10.) Sepatutnya orang mukmin itu makin bertambah nikmat, makin bertambah risau kerana nikmat yang sedia ada belum boleh bersyukur , kemudian ditambah lagi nikmat. Ini ditakutijuga tidak akan bersyukur.

(11.) Bila rasa bertuhan itu tidak ada, secara automatically , rasa kehambaan tidak ada. Diwaktu itu kalau kita beribadah pun bukan boleh menghilangkan mazmumah tetapi dia menyuburkan mazmumah. Akhirnya ibadahnya itulah yang menghijab diri dengan Allah Taala.

(12.) Kita beribadah dengan tujuan menyembah Allah yang memang patut disembah. Jangan pula kita beribadah itu untuk menyembah nafsu kita dengan cara membina mazmumah.

(13.) Orang mukmin sejati itu kalaulah menasihat itu bukan satu kewajipan, rasanya hendak meninggalkan sahaja kerana sibuk menasihati diri sendiri.

(14.) Kalau seseorang itu ghairah sangat menasihati orang lain dengan melupakan diri sendiri menunjukkan perjuangannya itu ada kepentingan diri yang tersembunyi.

(15.) Orang mukmin yang sejati itu bukan sahaja sangat menjaga mulut, mata, telinga dan lain-lain anggota lahir, tetapi gerakan hati dan fikiran pun sangat-sangat dijaga kerana ia juga terlibat dengan dosa dan pahala.

(16.) Kalau di dalam jemaah sendiri tidak dapat ditegakkan Islam secara syumul sesuai dengan kuasa yang ada, apa jaminan kita boleh tegakkan Islam secara syumul di dalam negara yang lebih susah lagi.

ILMU DAN PENDIDIKAN


(1.) Kalau orang alim tidak sedar akan kealimannya(tidak mengaku alim) ini petanda baik, tapi kalau orang bodoh tidak sedar akan kebodohannya ia sangat pelik

(2.) Bila guru dan murid tidak kekal kasih sayangnya sampai ke hujung, menunjukkan ia telah dipisahkan oleh cinta dunia.

(3.) Orang yang alim kitab tapi bukan ahli fikir laksana mempunyai emas sebesar tempayan, orang ramai tidak dapat manafaat dari emas tersebut.

(4.) Untuk menjadi alim mudah, tapi untuk menjadi hakim susah, hakim itu didapati oleh orang alim yang bertaqwa.

(5.) Buah ilmu ialah amal ibadah, buah amal adalah akhlak mulia, buah akhlak ialah Ulfah(ramah mesra).

(6.) Mengetahui itu dengan akal, dan mengenal itu dengan hati, sebab itu orang yang kenal Allah akan  takut Allah, orang yang tahu dengan Allah dia tidak rasa takut dengan Allah.

(7.) Asam garam, pahit maung di dalam hidup itu, itulah dia pengetahuan tanpa berguru tanpa universiti tanpa degree.

(8.) Orang yang berakal tanpa agama adalah sesat, orang yang beragama tanpa akal adalah beku. Kahwinkanlah antara akal dan agama, maka akan lahirlah hikmah.

(9.) Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir. Dari berfikir itu itu rasakan dalam hati kebesaran penciptaNya.

(10.) Untuk mendapat ilmu susah. Bila dapat, mengamalkannya lagi susah. Yang paling susah setelah beramal bagaimana untuk menjaga amal jangan sampai kedatangan ujub, riak, sum'ah dan lain-lainnya tapi segala-galanya akan jadi mudah bila Allah pimpin kita.


APA YANG PATUT KITA KATA

1.BILA KENA UJI DENGAN KELAPARAN, KETAKUTAN, KEKURANGAN HARTA DAN SEBAGAINYA “AKU DIHUKUM KERANA DOSAKU
AKU MEMOHON AMPUN KEPADA-MU YA ALLAH”  
.
2. APABILA TUHAN TENTUKAN SESUATU TIDAK SEPERTI YANG KITA MAHU KITA BERKATA
“AKU REDHALAH, ALLAH LEBIH BIJAKSANA DARIKU” KETENTUAN ALLAH LEBIH BAIK DARI KEHENDAKKU.
 
3.  JIKA KITA LIHAT SESEORANG ITU MEMPUNYAI KEAIBAN DAN KELEMAHAN KITA BERKATA “KASIHAN ORANG ITU, BERILAH DIA PETUNJUK YA ALLAH”

4.  JIKA SAMPAI KEPADA KITA ADA ORANG MENCACI KITA DI ATAS KEBURUKAN KITA KITA PUN BERKATA “JIKA BENAR APA YANG DIA KATA, AMPUNKANLAH DOSAKU YA ALLAH, BERILAH AKU PETUNJUK JIKA APA YANG DIKATAKANNYA ITU DUSTA, AMPUNKANLAH DOSANYA,  BERILAH DIA PETUNJUK”
 
5. JIKA ADA ORANG MEMUJI KITA DI BELAKANG ATAU DI HADAPAN KITA,KITA RASA MALU,  RASA BERDOSA MeRASA TERSEKSA JIWA KITA TIDAK TIDUR MALAM DIBUATNYA KITA BENCI DENGAN KATA-KATA ITU
PEMIMPIN DAN PIMPINAN


(1.) Seseorang pemimpin itu hendaklah berilmu dan berpengalaman, mesra, adil, pemurah, sabar dan berlapang dada

(2) Menghimpun orang untuk mendengar kebaikan adalah mudah, tetapi menghimpun orang untuk membuat kebaikan adalah payah

(3) Perbincangan antara orang yang tidak berilmu biasanya berlarutan-larutan. Perbincangan antara mereka yang sama-sama berilmu menghasiilkan  buah fikiran, tapi belum tentu diamalkan. Perbincangan antara orang-orang bertaqwa, ringkas, padat dan sama-sama dapat mengamalkan

(4) Diantara sifat-sifat pemimpin yang berjaya itu bila di tengah pengikut ia berwatak pemimpin, bila di tengah pengajian ia berwatak guru, bila berkawan berwatak sahabat, bila di tengah anak-anak berwatak aya, dan bila bersama isteri berwatak suami.

(5) Kalau kita berjaya dalam sesuatu pimpinan atau berjaya dan dapat bantuan dalam satu-satu hal jangan mudah dikaitkan dengan keutamaan diri kita kerana pernah pemuda bertemu dengan Nabi Khidir a.s. lantas bertanya: "Mengapa saya dapat bertemu tuan?". Nabi Khidir menjawab,"Dengan berkat ibumu."

(6) Memadailah seorang pemimpin itu mempunyai seorang sahabat yang setia daripada peminat yang ramai tetapi hanya mabuk dengan pidato-pidatonya.

(7) Bila seorang pemimpin hatinya berat  untuk membuat arahan  atau mendiDOA HARAPAN DAN RINTIHAN SEMOGA PANDUAN ATAU ILMU ITU MEMBERI MANAFAAT KITA BERSAMA, INSYA-ALLAH
 
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak diamalkan
Aku berlindung denganMu daripada ilmu untuk kemegahan
Tuhan, ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan
Jangan pula kehidupan orang tersuluh, kehidupanku kegelapan
Tuhan, aku memohon kepadaMu janganlah ilmu itu menjadi beban
Di akhirat kelak menjadi hujjah dan saksi mengapa aku tidak amalkan
Ya Allah, aku memohon kepadaMu bertambah amalku
Jangan sampai usahaku orang lain selamat, aku tidak
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ilmu untuk mujadalah
Bukan membantuku untuk beribadah dan bertaqwa
Tuhan, aku berlindung denganMu jangan sampai ilmuku melaknatku semula
Kerana bermegah-megah dan tidak amalkan
Jadikanlah aku bertambah-tambah ilmu bertambah dekat dengan Tuhan
Bertambah ilmu bertambah ibadah dan amalan
Tuhan, jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri dan orang lain
Boleh menyuluh hatiku dan menyuluh hati orang
Seterusnya jadikanlah ilmu itu sentiasa memberi manafaat dan syafaat
splinkan terhadap seorang pengikutnya, hatinya sendiri berkata bahawa orang itu peminatnya, bukan pengikutnya.

(8) Pautan pengikut dengan pemimpin ibarat layang-layang dengan tali. Layang-layang tidak akan naik hanya menerima tangan tanpa menerima tali.

(9) Kalau seorang pemimpin itu mabuk dengan pengikut atau peminat yang ramai, alamat dia tidak akan sanggup menegur dan mendisplinkan pengikut
-pengikutnya.

(10) Kalau para pengikut pada seorang pemimpin mabuk dengan pidato dan ucapannya tapi tidak mabuk dengan amal dan akhlaknya, menunjukkan pengikutnya itu tidak boleh diharapkan.

(11) Kalau seorang pemimpin itu diikut kerana pidatonya bukan kerana akhlaknya, jangan kita menaruh harapan sangat terhadap kesetiaan mereka itu.

(12) Seorang pemimpin itu mudah mencari simpati dengan pidatonya jarang yang berjaya mendapat simpati daripada akhlak dan perbuatan baiknya. Awaslah! Dia akan bersama kita diwaktu senang saja.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar