Tiada siapa yang dapat melepaskan diri dari musibah atau
malapetaka atau kesusahan. Tidak kira samada manusia itu mukmin atau kufur. Itu
juga merupakan bukti yang sangat jelas dan nyata bahawa Allah SWT itu Maha
Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Bagi manusia kufur sepatutnya mereka insaf
dan sedar bahawa Allah SWT itu wujud dan berkuasa ke atas sekelian alam ini.
Bagi orang beriman pula akan bertambah keimanannya kerana menyedari bahawa
manusia ini lemah dan mesti tunduk kepada Allah SWT samada secara terpaksa
mahupun sukarela.
Musibah atau malapetaka akan menambah dan meningkatkan iman
orang mukmin kerana mereka semakin dapat melihat dengan hatinya betapa Allah
SWT telah menzahirkan kekuasaanNya yang tidak mampu ditolak oleh sebarang
makhluk termasuk manusia. Bertambah keinsafan, bertambah sabar, bertambah redha
terhadap ketentuan Allah SWT dan akan bertambah pula rasa kehambaan seperti
rasa takut, rasa malu, rasa lemah, rasa hina, rasa dhaif, rasa cemas, rasa
bimbang, dan rasa harap. Para mukmin juga akan menyedari bahawa musibah yang
Allah SWT datangkan itu merupakan peringatan tangsung daripada Allah SWT.
Peringatan kepada manusia bahawa mereka sudah terlalu derhaka, lalai, banyak
dosa, maksiat dan berbuat mungkar. Peringatan itu agar segera membaiki diri,
bertaubat dan membuat perubahan. Itu baru kesengsaraan di dunia sementara,
betapalah andainya dihadapkan dengan azab hakiki iaitu neraka di akhirat.
Ujian dan musibah yang Allah SWT timpakan kepada para mukmin
ada dua maksud:
Pertama: sebagai penghapusan dosa sekiranya dihadapi dengan
sabar.
Kedua: bagi golongan yang tidak berdosa, ujian dan musibah
itu sebagai meninggikan darjat di sisi Allah SWT. Hanya sebagai beradab dan
menepati sebagai hamba walaupun tidak melakukan dosa, maka perlu dirasakan
berdosa juga.
Setelah jelas kepada kita bahawa tiada siapa yang dapat
menghindari dari ditimpa musibah, bukankah lebih baik menjadi orang mukmin yang
ditimpa musibah berbanding menjadi kafir yang juga tidak dapat lari dari musibah.
Banyak keterangan dari hadis-hadis Rasulullah SAW yang membawa erti iaitu
musibah biar kecil sekalipun berpunca dari dosa yang dilakukan manusia. Ertinya
setiap dosa, maksiat dan kemungkaran merupakan anak kunci terbukanya pintu
musibah dan bencana yang Allah turunkan kepada manusia itu sendiri. Umpama
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tiada seseorang itu ditimpa musibah di
hadapannya, di belakangnya, di kanannya, di kirinya, di atasnya dan di bawahnya
melainkan berpunca dari dosa yang dilakukannnya."
Apabila sesuatu musibah, bencana atau malapetaka itu
didatangkan oleh Allah SWT yang sifatnya terlalu berat, menggerunkan, menyakit
dan amat menyukarkan manusia, berpanjangan dan buntu dari penyelesaian, itu
tandanya penduduk sesuatu tempat itu sudah terlalu melupai Allah SWT, banyak
kezaliman, penindasan, dosa, maksiat dan kemungkaran sudah berlaku tanpa
kawalan. Malah mereka berbangga pula dengan kemungkaran. Maksiat tidak disekat
malah dipromosi dan digalakkan. Terutama sekali apabila pemimpinnya sangat
zalim dan menindas, para ulamanya jahat dan mabuk dunia, orang kayanya bakhil
dan perampas, orang miskinnya tidak sabar dan laiai, maka kemurkaan Allah SWT
akan turun secara merata yang dirasai oleh semua golongan. Inilah punca sebenar
mengapa kini tidak putus-putus umat Islam mengalami kesengsaraan dari berbagai
bencana. Silih berganti, berpanjangan dan ada yang menggerunkan seperti
kebuluran, peperangan, kemarau dan wabak penyakit. Bukan sahaja musibah itu
menimbulkan berbagai-bagai kesusahan kepada manusia, tetapi juga buntu dalam
mendapatkan jalan penyelesaiannya. Berbagai kaedah dicuba dan diiringi oleh
kegagalan.
Ambil satu contoh, di negara kita yang dilanda gejala
negatif. Bukan sahaja yang terlibat, semua pihak turut merasa bahangnya
dirundung kegelisahan dan keresahan. Berbagai kaedah pula telah dicuba yang
berakhir dengan kegagalan. Sepatutnya umat Islam kembali kepada kaedah yang
tepat iatu ajaran Islam itu sendiri. Tidak usah ’mengimpot’ kaedah dari sumber
lain terutamanya barat yang terbukti masyarakatnya telah rosak dan hancur.
Sebagaimana musibah itu sendiri berpunca dari dosa dan maksiat. Maka untuk
menghindari musibah berpanjangan da,n terlalu mehcengkarn kehidupan maka
hendaklah bersungguh-sungguh membaiki diri. Membaiki diri itu hendaklah dalam
beberapa aspek penting.
Di antaranya:
Hendaklah benar-benar merasai diri itu adalah hamba Allah
SWT. Rasa hamba itu mestilah tidak lekang dari jiwa sehingga dengan itu dapat
pula merasai bahawa Allah SWT itu Maha Agung, Maha Besar, Maha Hebat, Maha
Mendengar, Maha Melihat dan memiliki segaia sifat-sifat kesempurnaan. Segala
rasa-rasa itu hendaklah sampai ke tahap merasai takut hendak berbuat maksiat
dan mungkar. Umpamanya seseorang itu merasai Allah SWT Maha mengetahui lubuk
hatinya. Ertinya dia akan sedar bahawa bukan sahaja perkara lahiriah, malah
bisikan atau lintasan hatinyapun Allah SWT mengetahui. Orang seumpama ini bukan
sahaja gerak geri lahirnya dikawal dari dosa malah lintasan hatinya pun diawasi
agar tidak terdorong kepada perkara jahat.
Rasa kehambaan yang mendalam, yang dijiwai dan dihayati itu
sangat penting yang sekaligus akan menjiwai pula rasa keTuhanan yang tinggi,
ini akan menjadikan seseorang itu bersih dari dosa terutamanya dosa batin atau
penyakit-penyakit hati yang berupa mazmumah. Mazmumah itu ibarat racun yang
sangat merosakkan. Mazmumah itulah yang paling utama membawa berbagai angkara,
kerosakan, krisis, peperangan, penindasan di dalam kehidupan manusia.
Sifat-sfat mazmumah ini tidak akan hilang atau padam atau terbakar musnah
kecuali seseorang itu memiliki rasa kehambaan yang mendalam dan menjiwai rasa
keTuhanan. Ini adalah agenda utama dan penting bagi seluruh umat Islam; Aspek
inilah yang sangat terabai dan dipinggirkan oleh umat Islam. Natijahnya umat
Islam sentiasa dalam kemurkaan Allah SWT. Yakni bukan sahaja jauh dari bantuan
dan pertolongan Allah SWT malah sebaliknya kemurkaan Allah SWT yang ditimpakan
kepada umat Islam. Bukan sahaja tidak memperolehi kejayaan dan kemenangan,
sebaliknya kehinaan di mana saja dan berpanjangan silih berganti.
Perbaiki sembahyang dan sempurnakan lahir dan batin.
Sembahyang itu sendiri mestilah berperanan. Memanglah menunaikan sembahyang itu
adalah wajib. Narnun ianya mestilah berkesan dan berperanan bagi seorang hamba
itu benar-benar menghadap Allah SWT dengan sepenuh hati. Tempat di mana seorang
hamba itu benar-benar meletakkan dirinya sebagai sehina-hina makhuk. Menghina
diri di hadapan Allah SWT yang Maha Agung. Penuh dengan rasa malu, menyerah dan
mengharap sehingga dengan itu terbakar segala mazmumah.
Kalau seseorang itu di saat di mana dia benar-benar
sepenuhnya menghadapkan hatinya kepada Allah SWT, pun lalai dan leka tidak
dapat merasai kehambaan dan membakar mazmumah maka di Juar sembahyang lebih
sukar lagi. Maka di luar sembahyang dalam mengendalikan urusan kehidupan sudah
tentulah penuh didorong oleh nafsu rakus dan jahat. Sembahyang yang sempurna
lahir batin itu ialah yang dapat memahami dan menghayati setiap lafaz atau
bacaan. Yang dengan itu apa yang difahami dari sembahyang itu dapat membina dan
membentuk peribadi yang benar-benar mulia. Kedudukan mereka dekat dengan Allah
SWT, dan layak mendapat bantuan dan pertolongan Allah SWT.
Di dalam sembahyang, mereka sangat membesar dan mengagungkan
Allah SWT. Di luar sernbahyang juga tidak lekang dari membesarkan Allah SWT,
dengan hidup bersyariat, menjauhi mungkar dan maksiat, akhlak dan disiplinnya
tinggi dan luhur. Allah SWT menaungi mereka. Dan semua orang merasa puas dan
seronok, selamat dan sejahtera bernaung di bawah mereka. Orang yang mencapai
taraf ini saja yang layak memimpin umat kerana mereka adil kepada diri mereka
sendiri iaitu berjaya mengembalikan rohnya kenal dan takut kepada Allah SWT,
mengembalikan dirinya mengabdikan dirinya kepada Allah SWT.
Keadilan mereka itu pula akan melimpah dan merata kepada umat
yang lain. Mereka inilah yang dikatakan orang soleh, orang Ashabul Yamin
(golongan kanan), Al Muflihun (yang mendapat kemenangan). Mereka yang
dimaksudkan oleh Allah SWT dengan firmanNya yang bermaksud,"Sesungguhnya
bumi ini diwariskan kepada hamba-hambaNya yang soleh" ’ Siapakah orang
soleh itu? Salah satu cirinya ialah dalam firman Allah bermaksud
"Beruntunglah (menanglah/berjayalah) orang mukmin, iaitu mereka yang di
dalam sembahyangnya khusyuk." (Al Mukminun: 1-2)
Mereka.jugalah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW’
dalam" sabdanya bermaksud: "Barangsiapa memperbaiki hubungannya
dengan Allah maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia.’
Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya maka Allah akan memperbaiki apa
yang dilahirkannya.". (Riwayat Al Hakim)
Bagi umat lslam yang ditimpa musibah silih berganti dan
berpanjangan tiada pilihan lain untuk mengatasinya kecuali kembali menhambakan
harapan hepada Allah SWT. Caranya pula ialah memperbaiki diri dalam hubungan
dengan Allah SWT.,Sungguh- sungguh bertaubat dan membersihkan dosa,
kemungkaran, maksiat serta lebih-lebih lagi dosa batin iaitu mazmumah Selagi
Allah SWT tidak sudi memandang kita lebih-lebih lagi berada dalam kemurkaan
Allah SWT, biar berbuih mutut meminta melalui doa, atau hitam dahi kerana sujud
sembahyang hajat, Allah SWT tidak akan tunaikan permintaan itu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar